Jumaat, 16 April 2010

SELAMAT KEMBALI

JUMAAT (16/4/2010)

Puhhh ... lama beno ibu tak membelok kan, walaubagaimanapun alhamdulillah ramai pulak pengunjung yang datang melawat rumah ibu ni .... tima kacih ye ... Ibu bukannya dah tak nak mengemas rumah tumpangan ibu ni .... tapi .... asihk kesuntukan masa aja .... almaklumlah dulu lain, sekarang lain. Dulu happy go lucky tapi lah ni happy go bussy .... memanjang. Penat tau ...

Dah nak senja ni ... barulah nak mengasah otak, masa dulu-dulu asik dok tumpulkan otak ... Hentahlah tak faham ibu .... Bilalah kerja-kerja ibu tu nak selesai kan? Masa ibu dok office lama dulu, ibu tengok pt-pt nya relex aja .... tapi bila time ibu nak joint dia orang, lain pulak ....

Sabo ajalah kan ..... walau macam mana pun ibu kena relexkan otak ibu ini juga supaya taklah sampai terkolap nanti .... almaklumlah .... usia dah senja .... suasana kelilingpun dah mula malap. Mintak-mintak biarlah ibu dapat bekerja dengan aman tenteram.

Kebetulan malam ni mata ibu kurang mengantuk tak seperti hari-hari yang lalu, bila dah kenyang mulalah mata nak pejam aja ... hinggakan zeti baca buku di sebelah ibu, ibu tak sedarpun. Yang ibu tahu dia dah tergolek dengan bukunya juga .... Apalah mama ni ... itulah kata-kata yang selalu zeti luahkan pada ibunya bila mana dia tak berpuas hati dengan ibu.


Oklah nampaknya itu saja luahan hati ibu kali ni .... kalau ada masa nanti banyak cerita yang ibu nak ceritakan kepada kekawan blog ibu. Tungggguuuuuuuuu .... assalammualaikummmmm ...

Jumaat, 1 Ogos 2008

ZETI DAH TUKAR BLOG

JUMAAT (1 8 08)
Untuk makluman kekawan zeti semua, zeti sekarang dah tukar ke blog baru .... Dulu zeti di blogdrive (izati.blogdrive.com) tapi susah sangat nak pegi sana, pegi sini, maka ibu zeti pun buat keputusan tukar di blogspot ajalah ..